hai u all,,
arini kita sambung episod semalam ok..
terdapat beberapa kaedah bagi mewujudkan rasa cinta yang positif melalui pengukuhan bicara lisan dan bahasa badan
- ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat kesan daripada kegagalan percintaan. teruskan usaha, perbaiki komunikasi dan diri kita serta berusaha sehingga bertemu jodoh
- daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. berusahalah mencuci hati daripada semua perasaan negatif kepada semua orang di dunia ini. apa yang berada dalam hati diterjemah dengan perbuatan
- sayangi semua orang di sekitar kita, maka mereka juga sayang kepada kita. apabila kita membenci orang, ditakuti bakal pasangan kita turut membenci kita. ia adalah getaran yang terbentuk daripada diri kita dan disampaikan kepada orang lain.
- orang yang sedang mencari pasangan perlu bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. justeru, perlu sentiasa dalam keadaan menarik setiap masa. tanggapan pertama adalah penting.
- bagi lelaki, tarikan pertama adalah pakaiannya. bagi perempuan wajah dan bentuk badan menjadi tarikan utama.
- lelaki perlu belajar mengenal kerenah perempuan sama ada perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya. semua ini tergambar pada riak wajah dan gerak badannya.
- elakkan memberi tumpuan pada kelemahan dan kesilapan kecil. Jangan sesekali mengutuk ataupun memalukan pasangannya.
- perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki membentuk hubungan dengan melakukan kegiatan bersama.
- tindakan serentak juga menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak mengangkat gelas dan serentak berdiri
- bakal pasangan mudah tertawan kepada kita apabila kita dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya, dan pupuk keyakinan dirinya.
- kenal pasti keistimewaan bakal pasangan kita yang orang lain tak nampak. maklumkan padanya kehebatannya ( ni kena ckp depan2 ok)
- bagi menambat hati wanita, perlu kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara berkaitan EMOSI
- orang lelaki PANTANG apabila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki itu. Lebih-lebih lagi dilakukan dalam keadaan kurang bijaksana meskipun dalam niat baik. kerana ini cara terbaik mereka minta PUTUS
- fahami sikap lelaki yang suka bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. manakala perempuan bercakap suka sangat berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat ( konon nk jaga hati. tapi hati sendiri dilukai) KENAPA?? bila lelaki tanya mesti perempuan akan jawap
- takde ape2
- biasa je lah
- no komen
- sendiri fikirlah
- i'm ok
kan???? hahahahha.... ni lah benda yang saya dh belajar sepanjang berkawan dan bercinta dengan si dia...
anda pula bagaimana?? sama????
ok assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment