KISAH HIDUP

KISAH HIDUP

Tuesday, October 22, 2013

29 September 2013

Hari ini adalah hari untuk photoshoot pasca konvo. make up by Akak lily.. Baju tajaan sendiri.. Photographer by Bro Bahar aka Pliphotography.. 
Ok. keterujaan mmg nmpk sbb tgk la sendiri
thanz to Deqni dan Fadzli sebab memeriahkan suasana.Thank utk Mr Faharol Fitri sebab setlekan semua. ehemmm.. :)










22 SePteMbeR 2013

Tarikh ini adalah tarikh bersejarah yang bakal mengubah hidupku buat selama lamanya. Majlis Konvokesyen kali ke 48. Tarikh di mana aku akan menerima sebuku ijazah.. Nk kata segenggam cm x logik pulak sbb dapatnya buku. Takpela janji dh dapat. perasaan ?? Mesti gembira teruja berdebar.. tak nak tulis panjang2.. Biar gambar berbicara











Saturday, May 18, 2013

HappY biRtHdaY For U En FaHaRoL FiTRi !!!!



Utk kesekian kalinya tak dapat nk sambut ulangtahun kelahiran tuan besar y ke-24 bersama-sama.. kali ni sebab y memang tak dpt di elakkan.. xpe.. next week kita mkn besar sama2 ok. :)


hadiah dh balut siap2 tinggal nk bagi saje.. surprise dari kak ton yang comel ni hah.. selalu dok panggil comel2.. hihiihi

minggu depan br dpt bukak ye.. lewat seminggu je pun kn.. 


ape pun wish u all the best n sihat sejahtera diberi kekuatan fizikal mental dan juga HATI... hehhehe...


wt sementara waktu ni blog ni cuma dpt bg ni je wt tatapan seminggu ni ok.. ikhlas dari cik google utk tuan besar..lope lope u :)




Tuesday, April 30, 2013

Perbezaan jantina

Hai semua, apa khabar,,,
esok cuti sempena hari pekerja.. so saya walaupun bukan secara rasmi sudah bekerja namun tetap diberi cuti..hehehe
ok.. harini saya nk share pulak pasal perbezaan antara lelaki serta apa sifat2 yang pernah dan sudah pun dialami.. kalau terasa baguslah..

Lelaki

  1. orientasi - Rasional
  2. Karekter - Simplistik
  3. Bahasa - IQ
  4. Minat - Keperluan
  5. Media - Bahasa Lisan
  6. Harga Diri - Penghormatan
  7. Tarikan - Kecantikan
  8. Keinginan - Seks

Perempuan

  1. Orientasi - Emosional
  2. Karekter - Terperinci
  3. Bahasa - EQ
  4. Minat - Perhiasan
  5. Media - Bahasa Badan
  6. Harga Diri - Perlindungan
  7. Tarikan - Keprihatinan
  8. Keinginan - Kasih sayang


ok habis... sambung esok pulak la ye.. ni pun kena buat sekejap aje.. takut laptop mati... esok baru nk p Bukit Jambul beli kipas baru.. hahaha... kesian laptop saya.. :')
sebelum tu Selamat Hari Pekerja utk my abah, kakak, abang Faharol Fitri(tak rasmi lagi) dan kawan2 semua ....



ok Assalamualaikum :*

Monday, April 29, 2013

bentuklah bahasa cinta yang selalu berbicara


hai u all,, 
arini kita sambung episod semalam ok..


terdapat beberapa kaedah bagi mewujudkan rasa cinta yang positif melalui pengukuhan bicara lisan dan bahasa badan


  • ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat kesan daripada kegagalan percintaan. teruskan usaha, perbaiki komunikasi dan diri kita serta berusaha sehingga bertemu jodoh
  • daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. berusahalah mencuci hati daripada semua perasaan negatif kepada semua orang di dunia ini. apa yang berada dalam hati diterjemah dengan perbuatan
  • sayangi semua orang di sekitar kita, maka mereka juga sayang kepada kita. apabila kita membenci orang, ditakuti bakal pasangan kita turut membenci kita. ia adalah getaran yang terbentuk daripada diri kita dan disampaikan kepada orang lain.
  • orang yang sedang mencari pasangan perlu bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. justeru, perlu sentiasa dalam keadaan menarik setiap masa. tanggapan pertama adalah penting.
  • bagi lelaki, tarikan pertama adalah pakaiannya. bagi perempuan wajah dan bentuk badan menjadi tarikan utama.
  • lelaki perlu belajar mengenal kerenah perempuan sama ada perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya. semua ini tergambar pada riak wajah dan gerak badannya. 
  • elakkan memberi tumpuan pada kelemahan dan kesilapan kecil. Jangan sesekali mengutuk ataupun memalukan pasangannya.
  • perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki membentuk hubungan dengan melakukan kegiatan bersama.
  • tindakan serentak juga menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak mengangkat gelas dan serentak berdiri
  • bakal pasangan mudah tertawan kepada kita apabila kita dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya, dan pupuk keyakinan dirinya.
  • kenal pasti keistimewaan bakal pasangan kita yang orang lain tak nampak. maklumkan padanya kehebatannya ( ni kena ckp depan2 ok)
  • bagi menambat hati wanita, perlu kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara berkaitan EMOSI
  • orang lelaki PANTANG apabila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki itu. Lebih-lebih lagi dilakukan dalam keadaan kurang bijaksana meskipun dalam niat baik. kerana ini cara terbaik mereka minta PUTUS
  • fahami sikap lelaki yang suka bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. manakala perempuan bercakap suka sangat berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat ( konon nk jaga hati. tapi hati sendiri dilukai) KENAPA?? bila lelaki tanya mesti perempuan akan jawap

  1. takde ape2
  2. biasa je lah
  3. no komen
  4. sendiri fikirlah
  5. i'm ok

kan???? hahahahha.... ni lah benda yang saya dh belajar sepanjang berkawan dan bercinta dengan si dia...
anda pula bagaimana?? sama????
ok assalamualaikum :)

sesuatu yang perlu kita TAHU

hai semua, 

lama dah tak menjengah laman ini.. hari ini baru berkesempatan menulis dengan agak panjang sebab selama ni masih lg tercari2 topik y sesuai utk dibincangkan.. haaaa... la ni saya dh tw nk share ape dgn kalian semua.. ni smua gara2 rumate saya y beli buku MEMAHAMI BAHASA CINTA LELAKI.. memang best la isi kandungan dia.. ingredient ckup lengkap dgn pengisian rempah ratus y berkualiti.. ok2x.. let me share to all of u.. cewah..sejak dh mengajar try la jugak dok nk speaking tp still tunggang langgang.. tak sebagus faharol fitri bile bercakap.. :'D

sekarang jom baca perkara yg kita perlu faham semasa berkomunikasi dalam hubungan percintaan

1. Meluahkan

meluahkan adalah bagaimana individu mengatakan perihal dirinya untuk difahami oleh si penerima. adakah pembawaan dirinya bagi membina hubungan meyakinkan ataupun meragukan untuk dipercayai segala kata-kata atau janjinya?? kedua-duanya, lelaki dan wanita akan cuba meluahkan imej mereka yang dapat diterima pasangan.


2. Hubungan

hubungan adalah bagaimana individu menilai pasangan yang sedang berkomunikasi dengannya. adakah dia mempunyai kedudukan yang sama dengan dirinya atau lebih rendah? aspek hubungan dalam komunikasi menandakan peringkat penghargaan dan minat pada bentuk hubungan itu sama ada dengan perkataan atau gerak tubuh yang bersesuaian sehingga timbul rasa hormat.


3. Permintaan

permintaan adalah gambaran isi kandungan mesej yang disampaikan sama ada bersifat pengharapan, arahan, mempersoalkan sesuatu atau memaklumkan. intonasi suara bersama air muka menguatkan mesej bersifat permintaan.




ok, habis.. akan bersambung di episod akan datang pulak.. penat taip dh mlm2 ni.. bateri makin low.. nk kena cas.. sebab esok dh sekolah.. nak mengadap kerenah anak murid dan rakan sekerja memang memeningkan kepala kadang2.. ok sayang semua.. assalamualaikum :)