satu pasangan kekasih sedang memecut melebihi 100km/j di jalan raya
Gadis: perlahankan sikit moto nie..saya takut la
Lelaki: xpe.bawak laju2 cmni kan seronok...hehehe
Gadis: x seronok pon.. tolong la slow sikit. saya takut sangat ni
Lelaki: kalau awak nk saya perlahankan moto ni awak kena ckp dulu yang awak cintakan saya
Gadis: ok!! saya cintakan awak (dengan nada yang kuat)
Lelaki: Ok!! sekarang peluk saya kuat-kuat tw
*si gadis memeluk lelaki tadi dengan kuat*
Lelaki: awak boleh tolong saya tanggalkan topi keledar tak?? awak pakailah.. saya tak selesalah.
Dalam surat khabar keesokan harinya...
sebuah motosikal telah berlanggar dengan sebuah treler akibat kegagalan fungsi brek motosikal. Dua orang remaja telah terlibat dalam kemalangan tersebut.
-----------------------------------------------------------
sebenarnya ketika menuruni sebuah bukit yang di hadapannya terdapat selekoh tajam lelaki tersebut mendapati yang brek motosikalnya tidak berfungsi lagi tetapi tidak mahu kekasihnya tahu. Dia meminta kekasihnya mengucapkan yang 'SAYA CINTAKAN AWAK' dan merasakan dakapan terakhir kekasihnya akan membuatkan dia rasa tenang walaupun tahu bahawa dia tidak akan selamat
Sekiranya anda mempunyai seorang yang amat anda kasihi, cintai dan mengambil berat tentang dirinya, beritahu kepadanya bahawa anda sengat menyayanginya walau apepon yang terjadi.....
SEMOGA KITA MASIH MAMPU UNTUK MENGUCAPKAN KEPADA ORANG YANG SANGAT BERMAKNA DALAM DIRI........
No comments:
Post a Comment