KISAH HIDUP

KISAH HIDUP

Tuesday, October 25, 2011

KeNaPa WaNiTa MeRaJuK????

rasa cm dh lama sangat x update bl0g saya ni.. ada bnd y saya nk kongsi bersama2... s0 marilah kita membaca nukilan ini..=)



sikap lelaki yang dikatakan tidak peka dengan kehendak dan keperluan wanita di kenal pasti antara punca yang boleh menimbulkan ketegangan dalam perhubungan sekaligus boleh membawa kepada kehancuran dalam sesebuah perhubungan sekiranya tiada percubaan untuk meleraikan kekusutan yang timbul.
perbezaan pendapat juga secara tidak langsung boleh menimbulkan salah faham terutama dalam perhubungan yang baru terjalin. 
wanita sering di kaitkan dengan unsur sensitiviti dan selalu mengikut emosi.  disebabkan kawalan emosi yang kurang stabil itulah yang menyebabkan wanita sering di anggap suka marah2, manja xkna tempat, naik angin x tentu pasal, yang boleh wtkan wanita sakit sebab makan ati.. (betul ke??). ni lah kelemahan wanita yang lelaki selalu anggap yang mereka ni xpernah rasional melakukan sesuatu dan x pernah fokus menyelesaikan masalah. bosan ke lelaki bila jumpa wanita y camni?? ckit2 nk kna pujuk..ermmmm..
sekarang ni berdasarkan survey orang ramai wanita ni suka merajuk sebab......
antara respon wanita...

1. suami atau teman lelaki x amik perhatian langsung pasal perasaan mereka y kononnya kna di jaga setiap masa


2. suke sngt puji wanita lain di dpn isteri atau teman wanita..(yg di harapkan pujilah mereka tu..)


3. suka sngt sindir imej isteri atau teman wanita dan bandingkan gn wanita lain..( ingat handsome sgt muke die tu..)


4. kedekut dan xsuka keluarkan belanja utk isteri atau teman wanita..(tp gn org lain dia lah paling pemurah dan berduit..)


5. tak suka teman isteri atau teman wanita shopping..(padahal barang die juga yang kita nk cari..)


6. suka bercakap kasar dan menengking di hadapan keluarga dan kawan2..(kt luar dia lah paling sopan lw bercakap)


7. tak suka atau sengaja buat lupa tarikh2 penting bersama atau hari bersejarah sendiri..( mmg x patut)


8. dah cantik untuk dia pun still xnk puji lg..( nk pakai cmne lg br nk puji??)

itulah dia antara respon wanita terhadap pasangannya.. camne pula respon lelaki??? mari kita baca lagi...

1. wanita ni suka sangat nk perhatian padahal kt luar byk kerja lbh pntg nk fkr..( cari duit utk sara dia jugak..x keje nty bebel plk)


2. suka suruh lelaki fhm wanita tp ada ke wanita nk faham lelaki ni?? (kdg2 ada jgk lelaki y suka perhatian tp malu nk ckp..so pndai2 lah pasangan tu tackle)


3. lelaki ni x suka sangat tunjuk yang dia ni sayang gn pasangan melalui kata-kata tapi di luahkan dengan sikap bertanggungjawab dan melindungi pasangannya..(wanita je y xperasan ke buat2 x nmpk???)


4. suka shopping lama sangat..(padahal barang dalam list x sampi pun lima jenis pon y nk di beli.. suka sgt habiskan masa gn berjln.. balik uma ngadu kaki sakit..padan muka!!!)


5. wanita ni kdg2 bnyk maksud dalam perbuatan..bersolek n berpakaian y sgt berlebihan konon2 nk tarik perhatian tp sume tu x pntg pun bg lelaki..(y penting adab kne jge)


6. suka sangat bergantung kepada lelaki.. nk angkat kotak teddy bear pun nk suh lelaki ke?? setakat bnda remeh y mmpu buat ape salahnya wt sndr..(bukan lelaki x sayang n xamk peduli.. lain lah lw mmg xmmpu n mmg keja tu lelaki je y mmpu buat boleh la ade excuse..)


7. wanita ni kepoh sangat.. law dh jumpa kaum kerabat dia xkn sedar pun laki dia dh blahh dari tmpt tu.. (so jgn nk kecik ati lw lakinya xnk teman jmpe kwan2 pmpuan y rata2 kaki gosip)


itulah antara survey y saya wt td.. heheheh.... selamat mencuba ye kawan2...
tapi apepun ENCIK saya sangat memahami saya..
thnz abg...

Wednesday, September 28, 2011

menangani sindiran pedas SAHABAT

persaingan antara rakan sepejabat, sekuliah, sekelas n yang sewaktu dengannya selalu terjd di alam ini..kadang-kadang di alam percintaan pun ada rakan yang suka menyindir secara halus dan kadang-kadang sangat menyakitkan..jika hal itu memang tejadi dengan anda di nasihatkan agar jangan cepat melatah. cuba lakukan bebrapa langkah di bawah ini agar anda dapat mengawal dan mengatasinya.

1. Jangan abaikan sindiran dan pujian
jika anda rasa sindiran itu tidak benar, jangan hanya berdiam diri. minta penjelasan tentang apa yang di perkatakannya dan maksud yang cuba di sampaikannya, jangan berpura-pura tidak dengar dan mendiamkan diri kerana itu hanya akan membuatkan apa yang dikatakan seolah2 benar belaka.

2. Ucapkan terima kasih
jika anda tidak mempunyai sebarang komen terhadap kata2nya hanya dengan sekali nafas dan nada y tegas ucapkan TERIMA KASIH kepadanya atas kata2nya yang sungguh menyentuh jiwa itu.

3. Terima kasih tapi....
jika anda sanggup berkata terima kasih dan berlalu pergi , itu sangat baik. Tapi kadangkala kita memang tidak tahan dengan sindiran dari kawan2nya teutamanya kaum WANITA. oleh itu, jika anda masih belum berpuas hati dengan tindakan sedemikian cuba anda TERTAWA pada sindiran yang tidak masuk akal tersebut. anggap saja katanya sebagai gurauan MAHARAJA LAWAK

4. Berlalu
jika anda sudah memberikan jawapan dan penjelasan jangan pula nak menggedik lagi tunggu kat situ.. jalan je wt menonong dan anda juga tak mahu perkara itu berlarutan.. lantak lah dia nak kata apa pun.. janji tak apa2kan anda..tunjuk lah yang anda bersikap PROFESIONAL dan BERPENDIDIKAN TINGGI...



sekian wassalam....

CaRa SaYa HiLanGkAn MooD: SeDiH...


1. Buat orang lain happy. Even korang tengah sad macam nak rak, lupakan sekejap masalah korang tu. Cari kawan, tanya kalau-kalau dia ada problem ke apa. Buat kawan korang happy. Biasanya, automatically, kita pun akan sama-sama happy sekali. Silakan buat!!! hehehehe
2. Cari makanan favorite korang!!! Macam saya, saya suka choclate CadbuRry. hahahahaha!!! Ice cream pun boleh jugak, biasanya menjadi jugaklah. Lupa nak sedih-sedih.

3. Pasang lagu kesukaan korang. Tak kira lah, kalau dalam diam sebenarnya korang ni peminat muzik etnik kreatif, silakan je pasang kuat-kuat.hahahahahaha!!!! Kalau saya, saya dance sekali. Lega!!!
4. Kalau perlu menangis, silakan menangis!!! Sebenarnya, saya tak galakkan menangis. Tapi, ada sesetengah orang, dia akan rasa lega bila menangis. So, bolehlah cuba. Kalau untuk kita yang Muslim ni, tak perlu menangis sangat kecuali atas tikar sejadah. Mengadulah pada Pencipta kita ;)
5. Rendamkan kaki korang dalam air suam. Kalau dekat rumah ada bath tub, rendam je terus dengan badan-badan sekali.hahahaha!!!! boleh tenangkan fikiran kita yang berkecamuk. Mungkin sebab ion-ion air kot. Saya tak sure, tapi saya pernah dengar petua ni. Cubalah!

6. Cari kawan yang korang rasa boleh buat korang happy. Ajak kawan korang tu keluar. Pergilah mana-mana. Tengok wayang ke apa ke. Tapi, jangan pulak cari kawan yang “tambahkah” masalah!!! hahahaha. Pandai-pandailah. Kawan korang kan? Pilih!!!
7. Buat something yang  ”gila”. Bukan menggila tau. Tapi, buat sesuatu yang korang dah lama nak buat, tapi teragak-agak. Sok time tengah sad ni, paksakan diri buat kerja “gila” tu. Contoh? Ok, saya tak suka keluar dengan orang yang saya tak berapa kenal and “masyuk” tapi time-time ni, apa salahnya kita cuba. Mana tahu, kawan baru tu boleh jadi kawan baik kita. Ikut nasiblah ;)
8. Ingat balik perkara-perkara best dalam hidup korang. Kadang-kadang flashback perkara best lepas ni, boleh buat kita senyum. Even nampak macam orang gila kadang-kadang, tak apa. Buat je!!! Urat senyum dah ada tu, kira oklah kan. hahahaha!!

9. Kalau sedih sebab bergaduh ke 100 kali dengan pasangan korang. Try buat ni.Tinggalkan dia sekejap. Lupakan semua komitmen yang korang rasa terbeban tu, lupakan!! Kadang-kadang kita perlukan masa untuk berfikir dan merubah apa yang patut untuk make sure hidup kita lebih terurus.
10. Menyanyilah dan berangan jadi penyanyi. Sesekali, apa salahnya. hahahaha!!!! Daripada menjerit stress sebab sedih sangat, better menyanyi. Hiburkan hati. Kalau saya, nak tenangkan fikiran yang kusut. Pasang lagu nasyid. Zikir pun boleh. Kadang-kadang kita ni sedih bukan apa, semua kerja Syaitan. Saja nak kacau kita. heh!!
Ok, ini 10 tips yang boleh kita lakukan kalau tengah bersedih. Ini part 1. Nanti saya akan tulis part 2. Lagi sekali saya ingatkan eh. Janganlah pulak salah faham. Ini saya tulis umum. Bukanlah nak ajar korang menyimpang dari landasan Islam.
Kita semua tahu, kalau kita orang Islam. Better minta pada Allah s.w.t kalau kita tengah bersedih. Doa minta tenangkan hati. Dia pemilik hati kita. Bacalah Al- Quran beserta dengan maknanya sekali. better. InsyaAllah, hati kita akan tenang.
Bye, nanti saya sambung part 2 tapi still samalah. Just tips alternatif dan bukan membelakangkan Allah ok ;)

Monday, September 19, 2011

Air Mata paLiNg BerHarGa....

1. Membantu penglihatan
air mata dapat membantu penglihatan seseorang menjadi terang. cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur


2. Membunuh bakteria
tak payah lah nk guna eye more ke ape ea.. cukup setakat dengan air mata je yang berfungsi sebagai anti bakteria semulajadi. sebabnya dalam air mata kita ni terkandung cairan yang orang bijak pandai cakap sebagai "LISOZOM" yang boleh bunuh antara 90-95 % bakteria yang tertinggal dalam keyboard komputer, tempat pemegang tangga, bersin korang sendiri atau orang yang bersin kat sekitar korang, hanya dalam masa 5 minit je taw x!!!


3. Meningkatkan mood
bila seseorang tu menangis, mood tu secara ajaibnya akan terangkat semula. air mata yang di hasilkan dari tipe menangis emosi mengandung 24 % protein "ALBUMIN" yang berguna untuk mengawal sistem metabolisme tubuh kalau nak di bandingkan dengan air mata yang di hasilkan dari iritasi mata.


4. Mengurangi stress.
camne nak cakap ek?? sebab air mata ni boleh keluarkan hormon stress yang ada dalam badan korang iaitu "ENDORPHIN LEUCINE-ENKAPHALIN dan PROCLATIN". bukan tu je... boleh gak turunkan kadar tekanan darah tinggi oleh sebab faktor yang korang leh fikir sendiri ok!!.


5. Mengeluarkan racun
ada lah sorang ahli biokimia ni cakap namanya Willian Frey. korang carilah sendiri kat google ea.. dia cakap air mata yang keluar daripada menangis emosional ada mengandungi racun. bila dah keluar racun tu  menandakan racun yand ada dalam badan korang pun dah terkeluar sama.. tapi bila kita nangis dalam keadaan emosional ea??? alahai... mesti sebab peribadi kan.. korang pon boleh jawab sendiril... jarang lah ada yang menangis emosional sebab keluarga atau diri sendiri.. paling berharga pun air mata tu korang keluarkan untuk boypren atau gurlpren kesayangan kan???


ok lah.. celoteh panjang pon bukan korang baca pun... hehehe... ape pun all the best la lau nak kuarkan air mata tu.. berharga beb....!!!

Sunday, September 18, 2011

CeMbUrU TanDaNya SaYaNg, TapI jAngAn BeRleBiHan...




Dalam sesebuah perhubungan, tidak salah jika ada perasaan marah atau cemburu kerana ia sudah adat cuma jangan berlebihan.

Mengikut kajian pakar, hampir 80 peratus keretakan dalam perhubungan berpunca apabila perasaan marah dijadikan perasaan utama. Ini berlaku apabila setiap kali wujud krisis dalam hubungan, setiap pasangan akan mula berfikir untuk memutuskan hubungan dan mencari pengganti yang mungkin lebih memahami perasaan diri yang sebenarnya.
Kadangkala masalah kecil diperbesarkan sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan berbincang antara satu sama lain. Tetapi apabila perasaan marah sudah menguasai diri dan hubungan berakhir, lazimnya ia berlaku dengan alasan tiada jodoh dan sefahaman.
Memang benar jodoh itu di tangan Tuhan tetapi kita berhak berusaha agar jodoh kekal bersama orang tersayang.
Tetapi jangan hanya sebelah pihak saja berusaha. Usaha mesti dilakukan kedua-dua pihak untuk mendapatkan hasil lebih memuaskan.
Satu lagi perasaan yang perlu diatasi adalah cemburu. Tidak salah untuk rasa cemburu tetapi biarlah berpada-pada. Memang benar cemburu tandanya sayang tetapi jangan melampaui batas.
Tidakkah rasa sia-sia hubungan yang dijalin sekian lama terputus begitu saja hanya disebabkan cemburu pada pasangan?
Ramai yang memperkatakan soal cemburu malah pelbagai cara untuk mengekang perasaan cemburu daripada terus menyelubungi hidup.
Terdapat dua langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan perasaan cemburu mengawal hidup kita iaitu jujur dan setia.
Memang ada perkara yang tidak memungkinkan kita berterus terang tapi bagi mengelakkan pasangan memikirkan perkara yang bukan-bukan, lebih baik jujur dan berterus terang dengan pasangan bagi mengelakkan perselisihan faham berterusan.
Jika jujur pada pasangan, sudah pasti dia akan menaruh kepercayaan dan mengekalkan perhubungan itu hingga ke akhir hayat.
Jika sayangkan seseorang, sudah pasti kita tahu siapa yang ada di hati. Jadi, apabila sentiasa mengingati pasangan, amat mudah untuk kita mengelakkan diri daripada berlaku curang pada pasangan.
Cinta terasa indah apabila ke mana saja kita pergi, si dia sedia menemani tetapi terasa pahit apabila kita ternampak pasangan berjalan berdua-duaan bersama insan lain.
Apapun, jangan biarkan marah dan cemburu terlalu menguasai diri. Berikut sedikit panduan untuk membantu kita menjauhi rasa marah dan cemburu, sekali gus mengekalkan keindahan hubungan bersama si dia:
* Jangan sesekali memungkiri janji.
* Sentiasa jujur kepada si dia kerana wanita atau lelaki memang benci apabila ditipu.
* Beritahu si dia mengenai sesuatu perkara dengan tepat.
* Jika si dia dalam keadaan bermasalah, sentiasa menggembirakannya.
* Andai anda jujur, si dia akan setia kepada anda.
* Jangan terlalu mengongkong dirinya kerana dia juga inginkan kebebasan

Wednesday, September 14, 2011

Saya CinTakan Awak!

satu pasangan kekasih sedang memecut melebihi 100km/j di jalan raya

Gadis: perlahankan sikit moto nie..saya takut la
Lelaki: xpe.bawak laju2 cmni kan seronok...hehehe
Gadis: x seronok pon.. tolong la slow sikit. saya takut sangat ni
Lelaki: kalau awak nk saya perlahankan moto ni awak kena ckp dulu yang awak cintakan saya
Gadis: ok!! saya cintakan awak (dengan nada yang kuat)
Lelaki: Ok!! sekarang peluk saya kuat-kuat tw
*si gadis memeluk lelaki tadi dengan kuat*
Lelaki: awak boleh tolong saya tanggalkan topi keledar tak?? awak pakailah.. saya tak selesalah.

                                                                                         
Dalam surat khabar keesokan harinya...
sebuah motosikal telah berlanggar dengan sebuah treler akibat kegagalan fungsi brek motosikal. Dua orang remaja telah terlibat dalam kemalangan tersebut.

-----------------------------------------------------------
sebenarnya ketika menuruni sebuah bukit yang di hadapannya terdapat selekoh tajam lelaki tersebut mendapati yang brek motosikalnya tidak berfungsi lagi tetapi tidak mahu kekasihnya tahu. Dia meminta kekasihnya mengucapkan yang 'SAYA CINTAKAN AWAK' dan merasakan dakapan terakhir kekasihnya akan membuatkan dia rasa tenang walaupun tahu bahawa dia tidak akan selamat
Sekiranya anda mempunyai seorang yang amat anda kasihi, cintai dan mengambil berat tentang dirinya, beritahu kepadanya bahawa anda sengat menyayanginya walau apepon yang terjadi.....



SEMOGA KITA MASIH MAMPU UNTUK MENGUCAPKAN KEPADA ORANG YANG SANGAT BERMAKNA DALAM DIRI........

TeNtAnG CiNta....kerana cinta KITA wujud di dunia

Sifat lelaki vs sifat wanita

(L)  Mempunyai ego tersendiri yg menyebabkan sukar menerima pertolongan org lain dan pandangan org lain terutama sekali pasangannya.
(P)  Mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan org lain lebih2 lagi dgn org yg dicintainya.
(L)  Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
(P)  Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yg tidak berbelah bagi.
(L)  Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yg berlaku didepan mata.
(P)  Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya org yg disayangi.
(L)  Suka menyendiri dan menjauhkan siri apabila berada dlm keadaan tertekan.
(P)  Suka bercerita kpd org lain tentang masalah yg sedang dihadapi dgn harapan mendapat simpati.
(L)  Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.
(P)  Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yg lambat reda.
(L)  Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yg mempunyai kuasa.
(P)  Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.
(L)  Bersikap pemurah atau boros.
(P)  Bersifat kedekut atau berjimat.
(L)  Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan.
(P)  Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.
(L)  Tidak fokus kepada sesuatu perkara
(P)  Fokus kepada sesuatu perkara.
(L)  Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
(P)  Cinta sepenuh hati dan setia pd yg satu.
(L)  Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat
(P)  Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.
(L)  Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.
(P)  Mendengar dgn teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.
(L)  Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.
(P)  Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan
(L)  Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.
(P)  Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.
(L)  Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
(P)  Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.
(L)   Tidak suka bercakap tentang pasangannya
(P)   Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya
(L)  Agak keberatan meminta maaf
(P)  Lebih mudah meminta maaf
(L)  Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran
(P)  Risau apabila menghadapi kesukaran
(L)  Suka MEMBUAT keputusan
(P)  Suka MENGIKUT keputusan
(L)  Terasa selesa berjauhan dgn keluarga
(P)  Suka bersama keluarga