alhamdulilah
bertemu lagi kita di sini
utk berkongsi segala rasa
kali ni dea ingin berkongsi tentang penenang jiwa
anda semua tahu apa y boleh menenangkan jiwa kala kita
berduka, bersedih, marah, atau terlalu emosi
apa yang buatkan kita selalu dlm keadaan emosi
kena marah dengan keluarga
terutama ibu bapa
bergaduh dengan adik beradik
bergaduh dengan kawan2
bergaduh dengan kekasih
ada perasaan tak puas hati
iri hati
kecewa
semua tu boleh di elakkan
jika kita sentiasa
membasahkan bibir dengan zikir2 Allah
hati pun akan tenang
segala emosi negatif pun dapat dihapuskan
oleh itu, marilah kita sama2 berzikir kawan2
mendekatkan diri kita kepada Allah SWT
banyak manfaat yang kita boleh dapat
dengan berzikir
salah satunya ialah
ZIKIR MUNAJAT
jika selalu di amalkan
insyaAllah
segala perbuatan yang melalaikan
akan dapat di elakkan
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain Melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau Ya Allah
Ertinya: Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah yang Maha Esa. Tiada sesuatu yang menyegutu bagi-Nya. Tuhan memiliki segala kekuasaan. Tuhan yang memiliki segala pujian. Dialah yang Menghidupkan dan Mematikan. Dialah Allah Tuhan yang Berkuasa atas segalanya.
Maksudnya: Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang memiliki kesejahteraan, dan kepada Engkaulah jua kembalinya kesejahteraan. Maka hidupkanlah kami wahai Tuhan dengan kesejahteraan dan masuklah kami ke dalam syurga tempat kesejahteraan. Maka berkat Engkau ya Allah, Tuhan kami dan Maha Tinggi darjat Engkau ya Tuhan yang memiliki Kehebatan dan Kemuliaan.
Ertinya: Hamba meminta perlindungan dari-Mu ya Allah dari syaitan yang di rejam.
Maksudnya: Maha Suci Allah dan pujian itu bagi Allah, Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah. Dialah Allah Tuhan yang Maha Besar (33x)
*** Yang paling utama, niat kita di perluruskan dan hati ini di murnikan untuk beramal ibadah. Kita perlu bersama-sama melalui proses pembersihan hati yang berterusan. Ibadat, zikir atau doa bukanlah semata-mata untuk kecantikan atau "seri wajah" sahaja. Kerana Allah itu lebih mengetahui apa yang terkandung dalam setiap sanubari hamba-hamba-Nya. Semoga segala amalan yang kita lakukan di terima oleh-Nya dan sentiasa di beri keredhaan. Amin